Saturday 20 February 2016

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT ( Mengenal dan membunyikan Huruf Vokal )

NAMA TABIKA : TABIKA KEMAS KG Beng

TARIKH : 19.2.2016

MASA : 30 Minit ( 11.00 – 11.30 Pagi )

BIL. KANAK-KANAK : 15 ORANG

MODUL : Asas

TUNJANG : Komunikasi & Bahasa

KESEPADUAN TUNJANG :  Kreativiti & Estetika

TEMA : Buah-Buahan

STANDARD KANDUNGAN   : BM 3.2 : Mengenal huruf vokal
                                                 KTI 2.1 : Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.2.1  : Menyebut huruf vokal
                                                     KTI 2.1.4  : Menyanyikan lagu yang mudah dengan
                                                                       sebutan yang jelas

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengenali huruf-huruf vokal

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Supaya kanak-kanak dapat membunyikan huruf   
                                                  huruf-huruf vokal.

KEMAHIRAN BERFIKIR : Menjana idea, Mengecam

BAHAN BANTU MENGAJAR : Kad huruf, Lirik lagu

NILAI : Bekerjasama, berdisiplin, patuh

KOSA KATA : Ayam, Ikan, Obor, Ular, Emak




MASA  / LANGKAH
ISI
PEMBELAJARAN
AKTIVITI YG
DIRANCANG
BBM

Set
Induksi
( 5 minit )


Senaman

1.       Guru meminta kanak-kanak melakukan senaman mulut. Iaitu dengan mengikut guru membunyikan huruf vokal.
2.       Aktiviti ini dilaksanakan secara berulang.


Kad huruf vokal

Langkah 1
( 5 minit )


Mengenalpasti huruf vokal

1.       Guru menunjukkan kad huruf vokal. Kemudian guru memperkenalkan huruf tersebut kepada kanak-kanak.
2.       Guru meminta kanak-kanak menyebut huruf vokal.


Kad huruf vokal

Langkah 2
( 7 minit )


Membunyikan huruf vokal



1.       Guru membunyikan huruf vokal.
2.       Kanak-kanak membunyikan  huruf vokal secara individu dan juga secara berkumpulan.
3.        


Langkah 2

(8 minit)






Suai Padan

a-ayam
e-emak
i-ikan
o-obor
u-ular

1.       Guru meminta kanak-kanak memadankan huruf  dengan gambar yang sesuai.
2.       Guru memanggil  5 orang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kad huruf

Kad gambar

Penutup
(5minit)


Menyanyikan lagu bunyi huruf vokal

A itu hurufnya...
Aaaa itu bunyinya...
Aaaaaaa....
(ulang untuk huruf vokal yang lain)


1.       Guru menyanyikan lagu bunyi huruf vokal.
2.       Kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut dengan bimbingan guru.

Carta

3 comments: